
Bismillahirrahmanirahim,
Alhamdulillahirrabbil Aalamin,
wabihi nastain,
la hawla wala quwata illa billahil aliyil Azim,
wasolatu wassalam ala saiyidina Muhammad S.A.W wa ala alihi wa sohbihi wa baarik wa salim
bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinNya, serta dengan berkat kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W dan dengan berkat guru-guru kita sert keramah ibu dan hikmah bapa dapat kita berjumpa di blog sulung ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi blog mytabung. Mytabung bermaksud:
1) Tabungku,
2) "my" mewakili malaysia dalam alamat www atau http,
3) "tabung" adalah simbolik dari tabung duit. ia juga ditafsirkan sebagai tabung simpanan. tabung simpanan ini meliputi simpanan segala ilmu yang bermanfaatdan boleh dikongsi bersama.
wujudnya blog mytabung, pada mulanya, kerana (dengan izin) curiousity dan keinginan untuk cuba-cuba. Saya ingin tahu, cara untuk melahir dan mengendalikan laman blog. Oleh itu, saya cuba-cuba untuk mewujudkan blog ini mengikut arahan yang telah disediakan. tidak susah rupanya. Inilah hasilnya.
Apakah halatuju blog ini?
Blog ini akan memaparkan pelbagai perkara yang saya rasakan perlu untuk dikongsi bersama-sama. Saya akan paparkan perkara-perkara mengenai agama, sains, sejarah, jenaka, ilmu alam, kereta dan berbagai-bagai topik yang sesuai. Pelawat-pelawat juga dijemput untuk memberikan komen.
apakah keistimewaan blog ini?
Saya pun belum tahu apa yang akan dipaparkan maka masih awal untuk dinyatakan keistimewaannya. Secara ringkasnya, blog ini adalah pintu hati saya (dan isteri) kepada dunia maya.
Semoga kita semua mendapat hidayah dan faedah.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya rasmikan blog saya!
No comments:
Post a Comment